"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul dan janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui....." (surah Al-Anfal : 27)

BLOG OWNER

My photo
Dulu di CONVENT...sekarang di JEPS...

Pages

Showing posts with label Sudut Tanaman. Show all posts
Showing posts with label Sudut Tanaman. Show all posts

Friday, May 6, 2011

Kacang hijau


Kacang hijau sering dijadikan sajian makanan pelbagai golongan masyarakat di negara kita. Harganya murah dan mudah untuk didapati. Ia juga mempunyai banyak khasiat. 

Ia dipercayai berasal dari India. Kacang hijau mengandungi protein, vitamin A, vitamin E, kalsium dan banyak lagi zat yang amat diperlukan oleh tubuh. Kandungan protein dalam kicang hijau mampu menggantikan sumber protien haiwan seperti yang terdapat dalam daging dan ikan. Ia juga penting untuk membantu tumbesaran badan selain mampu membina darah.

Kacang hijau juga boleh mengatasi penyakit anemia (kurang sel darah merah), melancarkan pembuangan air besar, membantu mencuci perut  dan mengubat penyakit pada hati. Pengambilannya secara berlebihan tidak memudaratkan, malah mampu mensatabilkan zat dalam tubuh. Menurut kajian, kacang hijau mampu menurunkan suhu badan ketika demam dengan lebih cepat berbanding ubat-ubatan yang lain.

Jika sayur-sayuran atau kekacang yang lain akan kehilangan nutrisi jika dimasak terlalu lama, tidak bagi kacang hijau. Walaupun dimasak dalam kadar masa yang lama, kacang hijau tidak akan hilang khasiatnya.

Buah-buahan Nadir

Buah-buahan nadir merupakan spesies hidupan tumbuh liar. Ia bermaksud sedikit atau jarang. Di Malaysia, terdapat hampir 370 spesies tanaman buah-buahan yang tumbuh liar ini.
Buah-buahan nadir ini termasuklah:
1. Buah kundang
2. Kedondong
3. Labu kayu
4. Binjai
5. Keranji
6. Cermai
7. Kabung
8. Buah isau
9. Avocado
10. Dabai
11. Engkalak
12. Kendawong
13. Camu-camu

Tuesday, February 15, 2011

Kenali Tanaman Makanan

Selain manusia dan haiwan, Allah menciptakan tumbuhan untuk pelbagai kegunaan kepada alam dan juga manusia. Salah satu kegunaannya ialah sebagai makanan. Selain itu, tumbuhan juga digunakan sebagai landskap atau hiasan bagi mencantikkan bangunan dan juga halaman rumah. Jadi, kita harus tahu bagaimana membezakan di antara tumbuhan untuk kegunaan makanan atau hiasan.

Jenis tanaman
1) Sayur
Digunakan dalam penyediaan makanan seharian seperti sawi, bayam, bendi, kacang panjang dan tomato.



2) Herba
Digunakan untuk menyembuhkan pelbagai penyakit. Antaranya ialah sirih, misai kucing, hempedu bumi, lidah buaya dan sambung nyawa.

3) Ulaman
Masyarakat Melayu memang tidak dapat dipisahkan dengan pelbagai ulaman bagi menaikkan selera makan. Biasanya ia dimakan mentah dan dicicah dengan sambal belacan, budu atau dijadikan kerabu. Antaranya ialah kaduk, selom, ulam raja dan juga petai.

4) Penyedap masakan
Dalam masakan kita, biasanya diletakkan daun-daun tertentu untuk menaikkan aroma dan perisa masakan tersebut. Antaranya ialah bunga kantan, daun kesum, daun pandan, daun pudina dan daun kari.

5) Buah-buahan
Biasanya juga dimakan mentah atau dibuat jus minuman. ia boleh ditanam di mana sahaja walaupun di kawasan yang sempit. Antaranya ialah kedondong, buah naga, buah limau, buah roselle dan buah durian.