"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul dan janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui....." (surah Al-Anfal : 27)

BLOG OWNER

My photo
Dulu di CONVENT...sekarang di JEPS...

Pages

Showing posts with label Tiru Nabi. Show all posts
Showing posts with label Tiru Nabi. Show all posts

Friday, February 25, 2011

Ketika dan selepas tidor

Seorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur.Sekiranya dia tidur mengikut Sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadat.Allah swt hanya akan terima ibadat yang dilakukan dengan ikhlas.Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur.
 
Ganjaran Allah swt untuk orang yang amalkan Sunnah sangat besar.Satu Sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga. Di dalam tidur sendiri ada banyak Sunnah.Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi SAW,dia hanya akan dapat kerehatan.
 
Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.
1 . Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatn ya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.
 
2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.
 
3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah?
Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.
 
4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.
 
5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.
 
6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.
 
7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.
 
8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.
 
Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur.Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.
 
Peringatan : Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki.
Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah.
  • Tutup aurat ketika tidur. Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap,dibawahnya Syaitan/ Jin Betina.
  • Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain.

Tuesday, February 22, 2011

Menjilat Jari

Rasullullah SAW sendiri menjilat jari-jemarinya setelah makan. Baginda bersabda: "Apabila salah seorang di antara kalian selesai makan, hendaklah dia tidak membersihkan tangannya sehingga menjilatinya." (Riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad dan Tabrani).

Sunday, February 20, 2011

Guna tiga jari



Makan dengan menggunakan tiga jari. Dengan menggunakan tiga jari beerti kita telah bersikap seimbang. Sebagaimana yang dikatakan bahawa makan dengan lima jari menunjukkan kerakusan, sedangkan makan dengan satu atau dua jari menunjukkan kesombongan dan keangkuhan.

Berkumur sebelum dan sesudah makan


Hal ini dimaksudkan untuk membersihkan gigi dari sisa makanan dan bakteria. Rasullullah SAW juga menekankan pentingnya berkumur setelah makan dan minum, seperti dalam hadisnya yang bermaksud: "Berkumurlah kalian setelah minum susu, kerana di dalamnya mengandungi lemak". (Riwayat Ibnu Majah)

Wednesday, February 16, 2011

Makan buah-buahan





Mendahulukan makan buah-buahan sebelum makan daging merupakan makanan yang utama. Hal ini sebagai upaya untuk mengikuti apa yang dilakukan para penghuni syurga. Allah SWT berfirman yang bermaksud,  " ...Dan buah-buahan dari apa yang mereka pilih, dan daging burung dari apa yang mereka inginkan.." ( surah al-Waqiah : ayat 20-21)

Cuci tangan

Kita sewajarnya mencuci tangan sebelum dan sesudah makan. Ini kerana Nabi Muhammad SAW juga mencuci tangan terlebih dahulu..

Tuesday, February 15, 2011

Guna Tangan ketika makan

Makan dengan menggunakan tangan kanan. Ini kerana ada kajian yang membuktikan bahawa pada tangan atau jari kita ini terdapat enzim yang sepuluh kali ganda lebih banyak dari enzim yang ada dalam air liur. Enzim ini berguna untuk mencerna makanan.

Membaca Basmallah

Membaca Basmallah (Bismillahirrahmanirrahim) ketika hendak makan dan mengakhirinya dengan membaca Alhamdullillah. Hikmah membaca Basmalah dan Alhamdullillah bagi seorang Muslim adalah agar selalu ingat bahawa makanan dan minuman yang hendak dijamah adalah nikmat, rezeki dan anugerah dari Allah SWT. Ini secara langsung akan terhindar dari sikap berlebih-lebihan dan membazir.
Seorang Muslim juga sepatutnya sedar bahawa makan bukan tujuan utama, tetapi sebagai menambah kekuatan untuk menuju ketaatan kepada Allah dan memakmurkan bumi.

Sabda Rasullulah SAW

Rasullullah SAW bersabda : " Sesiapa yang mengikut sunnahku, beerti dia cinta kepadaku. Dan sesiapa yang cinta kepadaku, maka akan masuk syurga bersamaku.."
Sebenarnya adik-adik, banyak sekali kebaikan dan kelebihan jika kita mengamalkan sunnah kerana pada setiap amalan sunnah itu ada keberkatan. Siapa amalkan sunnah, dia akan mendapat dua keuntungan. Apa keuntungan itu?
Pertama: pahala yang berlipat ganda
Kedua : keberkatan

Insya Allah...