"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul dan janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui....." (surah Al-Anfal : 27)

BLOG OWNER

My photo
Dulu di CONVENT...sekarang di JEPS...

Pages

Showing posts with label Tatabahasa. Show all posts
Showing posts with label Tatabahasa. Show all posts

Tuesday, May 3, 2011

Kata Ganti Nama Diri (2)

Kata ganti nama Diri Kedua





Kata ganti diri kedua digunakan ketika kita berbual dengan seseorang.





Kata ganti ini boleh dipecahkan kepada dua bentuk, iaitu bentuk tunggal dan bentuk jamak seperti berikut :







Bentuk
contoh 
Tunggal
tuanku, wak, kamu, anda, 
engkau
Jamak
kalian
Kata Ganti Diri Kedua
Penggunaannya
anda (tunggal)
digunakan untuk diri 
orang kedua apabila tidak 
berhadapan dengan kita
awak (tunggal)
digunakan untuk diri 
orang kedua yang rapat 
hubungannya dengan kita
engkau (tunggal)
digunakan untuk diri 
orang kedua yang rapat 
hubungannya dengan kita dan 
dengan Tuhan juga
tuanku (tunggal)
digunakan apabila bercakap 
dengan sultan dan raja
kalian (jamak)
digunakan untuk beberapa 
orang yang diajak bercakap
kamu (tunggal dan jamak)
digunakan untuk diri 
orang kedua yang rapat 
hubungannya dengan kita




Contoh ayat yang menggunakan kata ganti diri kedua


1. Awak pekerja yang patuh


2. Kamu semua adalah murid yang baik


3. Guru mencari engkau.


4. Anda semua dinasihati membaca soalan dengan teliti.


5. Tunku akan bersiram sekejap lagi.

Kata Ganti Nama Diri

Kata Ganti Diri Pertama




Kata ganti diri pertama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan diri orang yang bercakap.









Kata Ganti Diri Pertama
Penggunaannya
aku (tunggal
digunakan apabila bercakap dengan  
kawan biasa atau dengan Tuhan
saya (tunggal)
digunakan apabila bercakap dengan  
seseorang yang baru dikenali 
atau dalam suasana rasmi
hamba (tunggal)
digunakan pada diri sendiri 
pada zaman dahulu
patik (tunggal)
digunakan oleh rakyat apabila 
bercakap dengan raja atau sultan
beta (tunggal)
digunakan oleh raja atau sultan 
apabila bertitah kepada rakyat
kami (jamak)
digunakan kepada diri orang yang 
berkata serta temannya apabila 
bercakap dengan orang kedua
kita (jamak)
digunakan kepada diri sendiri dan 
menyertakan diri orang kedua









Kata ganti diri pertama terbahagi dua, iaitu yang berbentuk tunggal dan yang berbentuk jamak.




Bentuk
contoh kata nama diri pertama
tunggal
beta, patik, aku, saya
jamak (banyak)
kita, kami, kita orang




Perbandingan antara kata nama am dan kata nama khas

Untuk membuat latihan, sila klik pada tajuk di atas...

Kegunaan
Kata Nama Am
Kata Nama Khas
Benda
bangunan
kereta
buku
sekolah
Bangunan Tabung Haji
Proton Waja
Bahasa Melayu
S.K. Jalan Empat
Orang
doktor
kerani
guru
budak lelaki
budak perempuan
Doktor Efendi
Puan Zainun
Cikgu Azmi
Muhamad Fauzi
Mei Mei
Binatang
kucing
lembu
katak
ayam
burung
Si Tompok
Lembu Sapi
Katak Puru
Ayam Belanda
Burung Murai
Tempat
negeri
bandar
kampung
tasek
Terengganu
Jerteh
Kampung Pasir Akar
Tasek Perdana
Tumbuhan
pisang
cili
jambu
limau
Pisang Emas
Cili Padi
Jambu Batu
Limau Kasturi

Kata Nama Khas

Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa.

Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang.

Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.


Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.

manusia
Zaidi, Mei Fong,
Subramaniam
binatang
Tompok (kucing),
Jalak (ayam)
tempat
Muar (daerah),
Seremban (bandar),
Jepun (negara)
bangunan
Pudu Raya (perhentian bas dan teksi), 
Menara Tun Razak (pejabat)
judul buku
Keluarga (majalah),
Rentong (novel),
Kamus Dewan ( buku)
benda
Proton Perdana
(kereta), Pilot
(pen), Seiko (jam)


Kata Nama Am

Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya.




Dengan kata lain perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum.









Manusia , orang
ayah, perempuan, kerani, polis, 
guru, doktor, askar 
binatang
ayam, gajah, kerbau anjing, 
kuda, burung, ikan 
tumbuh- tumbuhan
pokok, betik, rumput, 
lalang,
benda
pasir, kayak, radio, rumah, 
Motorkar, pen, buku, 
tempat
pejabat, pulau, sekolah, kampung, 
bandar, negeri 

Thursday, April 7, 2011

Penjodoh bilangan



Penjodoh Bilangan
penggunaannya
Contohnya
angkatanuntuk sekumpulan manusia atau bendakapal, tentera, pelukis, penulis
barisuntuk kedudukan benda/manusia yang berbarisorang, kedai, rumah, pokok, tulisan, 
ayat, meja, kerusi
batanguntuk menunjukkan benda-benda yang panjangsungai, lilin, galah, tiang, pen, pokok, 
gigi, tongkat, kapur, jambatan, jarum
bentukuntuk benda-benda kecil yang berkelukmata kail, subang, cincin
berkasuntuk benda-benda yang diikat bersama-samakunci, lidi, kayu
bidanguntuk benda-benda yang terbentang luastanah, kain, sawah, permaidani, 
layar, kebun, tikar
bijiuntuk jenis buah, sayur-sayuran, dan benda-benda yang kecillabu, lobak, kubis, terung, bola, 
cawan, guli, belon, ketupat, batu,
telur, gelas
Bilahuntuk benda-benda yang tajamparang, pisau, golok, gunting, sabit, 
keris
buahuntuk benda-benda besar dan padu, yang tidak mempunyai bentuk yang tertentukereta, negeri, rumah, buku, kotak, 
radio, bandar, kampung, piano, 
komputer, kamera
bukuuntuk benda-benda yang keadaannya berketul/berbongkahsabun, roti, benang
butiruntuk benda-benda yang bulat atau keciltelur, batu, manik, beras, peluru
carik/cebisuntuk benda-benda yang dikoyakkankertas, kain
cubituntuk benda yang diambil sedikit dengan jarigaram, gula, kunyit
cucukuntuk benda-benda yang dicucuk dengan lidisate
dasuntuk bunyi letupan atau tembakanmeriam, pistol, senapang
deretuntuk benda-benda yang tersusunbangunan, rumah, kedai, kereta
ekoruntuk semua jenis binatangnyamuk, semut, kuda, buaya, 
musang, 
gajah, arnab, rama-rama
genggamuntuk benda-benda yang digenggampasir, beras, padi
gugusuntuk buah-buah ataupun bendaanggur, langsat, kelapa sawit, 
sawit, kunci
gulunguntuk benda-benda yang bergulungfilem, permaidani, tikar, dawai, 
kertas
helaiuntuk benda-benda yang nipis dan lebardaun, baju, kertas, kain, tuala, 
rambut, rumput
ikatuntuk benda-benda yang diikatkayu, lidi, tebu, sayur, papan
irisuntuk benda-benda yang dipotong kecil-kecilbawang, timun, daging, 
buah-buahan
jambakuntuk benda-benda yang bertangkai atau berangkai-rangkaibunga, kunci
kakiuntuk benda-benda yang bertangkaipayung, cendawan, bungs
kawanuntuk kumpulan haiwanlembu, kambing, lebah, gajah, 
merpati
kelompokuntuk sekumpulan manusia, haiwan, dan bendaburung, awan, pulau, bintang
kepaluntuk benda-benda yang dikepal dengan tangannasi, pulut, tanah
kepinguntuk benda-benda yang nipis atau pipihroti, papan, kad, gambar, biskut, 
tanah
keratuntuk bahagian benda-benda yang dipotongroti, tiang
Ketuluntuk benda-benda yang berketul dan paduais, daging, tulang, sabun, roti
Kotakuntuk benda-benda yang diisikan di dalam kotakmancis, pensel, rokok, sabun, 
ubat nyamuk
kuntumuntuk bungsmawar, melati, anggerik
Larasuntuk senjata apipistol, senapang, meriam
lembarbenda-benda yang lurus dan panjangkertas, dawai, benang
longgokuntuk benda-benda yang berada dalam longgokandurian, pakaian, tanah, cili
naskhahuntuk bahan bacaan yang berjilidsurat khabar, risalah, majalah, 
makalah, buku
Oranguntuk manusiaguru, jururawat, doktor, pekedai, 
runcit, posmen
Papanuntuk benda-benda yang berbentuk kepingancoklat, petai, mercun
pasanguntuk benda dan manusia yang berpasanganpakaian, kasut, subang, suami isteri, 
anak
pangsauntuk bahagian dalam buahdurian
pasukanuntuk sekumpulan orang yang berpakaian seragampemain kompang, polis, tentera 
pengakap
patahuntuk kataperkataan, kata-kata
potonguntuk benda-benda yang sudah dipotongkuih, daging, roti
pucukuntuk benda-benda yang halus serta tipis dan senjata apijarum, surat, pistol, meriam, 
senapang, rebung
puntunguntuk sebahagian benda yang masih menyalarokok, bara, kayu api
rangkapuntuk puisipantun, sajak, syair
rawanuntuk benda-benda yang halus, labuh, dan bersiratjala, jaring, pukat
ruasuntuk benda yang beruas-ruastebu, buluh
rumpununtuk tumbuhan yang tumbuh rapat-rapatbuluh, tebu, serai, pandan, padi
sikat/sisiruntuk buah pisangpisang
tandanuntuk buah-buahan yang bertandanpisang, kelapa, pinang, 
kelapa sawit
tangkaiuntuk buah-buahan, bunga-bungaan, dan daun yang bertangkairambutan, duku, kenanga, padi, 
daun
titikuntuk cecair yang menitisair, darah, dakwat, embun
tongkoluntuk buah yang bertongkoljagung
ulasuntuk isi buah-buahan yang berpangsadurian, limau, nangka, cempedak
uratuntuk benda-benda yang halus dan panjangrambut, benang, dawai,
utasuntuk benda-benda yang panjangtali, dawai, rantai


Klik web page di bawah untuk latihan seterusnya....


LATIHAN 1


LATIHAN 2

LATIHAN 3

Thursday, February 24, 2011

Kata adjektif

  • Menunjukkan sifat sesuatu benda
  • Contoh :
    • merah
    • putih
    • biru
    • kurus
    • pendek/rendah
    • tinggi
    • gemuk
    • cantik
    • baru
    • lusuh
    • kacak/tampan
    • rajin
    • malas
    • kotor
    • bersih

Kata kerja

  • Menunjukkan sesuatu perbuatan atau melakukan sesuatu dengan menggunakan anggota badan.
  • Kata kerja terbahagi 2 :
  1. Kata kerja transitif - perbuatan yang perlu disokong perkataan seterusnya
Contoh :
  • buang sampah
  • menaiki bas
  • menjala ikan
  • menonton televisyen
  • mendengar muzik
  • menyapu sampah
  • melipat kain
  • menggoreng ikan
  • menyiram pokok
  • memandu kapal terbang
2.    Kata kerja tak transitif - perbuatan yang tidak perlu disokong perkataan lain

Contoh :
  • ketawa
  • menangis
  • berlari
  • tidur
  • duduk
  • berdiri
  • makan

Kata Hubung

  • Biasanya digunakan untuk menghubungkan antara  dua ayat tunggal.
  • Contoh kata hubung yang sering digunakan ialah :
  1. dan
  2. atau
  3. tetapi
  4. jika
  5. sambil
  6. sementara
  7. supaya
  8. kerana