Kelahiran Nabi Ibrahim disambut dengan penuh gembira oleh kedua ibu bapanya. Baginda diberi kasih sayang yang sepenuhnya bagai menatang minyak yang penuh.
Ayah Nabi Ibrahim bekerja sebagai pengukir patung-patung berhala. Patung-patung ini akan dijual di pasar-pasar besar.
Nabi Ibrahim sering melihat ayahnya mengukir. Namun, baginda sangat bencikan patung-patung yang diukir oleh ayahnya. Baginda menolak untuk menyembah berhala seperti yang dilakukan oleh masyarakat ketika itu. Tidak pernah sekali pun baginda memperakui bahawa berhala mempunyai kuasa ke atas makhluk.
Mengejek Berhala
Nabi Ibrahim mengejek berhala sambil berkata, "Aku sungguh tak faham, kenapa ada yang sanggup membeli patung-patung yang tidak berguna ini?". Begitu sekali gambaran kebencian Nabi Ibrahim terhadap berhala.
Selain dari kaumnya, Nabi Ibrahim juga memujuk ayahnya agar tidak lagi menyembah berhala. Apa lagi mencari rezeki yang dengan mengukir patung-patung untuk disembah. Baginda mengajak ayahnya agar menyembah Allah.
"Ayahandaku, hentikanlah kerja sia-siamu. Patung-patung yang kau ukir itu sedikit pun tidak membantumu. Ia tidak lebih dari batu-batu bisu dan tidak berguna. Hanya Allah tempat kita mengadu dan layak disembah," ujar Nabi Ibrahim.
Dalam srah Maryam ayat 42, Allah berfirman dengan maksud, "Tatkala ia berkata pada bapanya : Wahai ayahku, mengapa ayah menyembah benda yang tidak mendengar dan tidak melihat serta tidak menolongmu."
Memujuk Ayah
Nabi Ibrahim memujuk ayahnya beriman kepada Allah. Ini digambarkan dalam Firman Allah surah Maryam ayat 43 yang bermaksud, "Wahai ayahku, sesungguhnya telah datang kepadaku dari ilmu pengetahuan yang tidak pernah datang kepadamu, oleh itu ikutlah daku, aku akan memimpinmu ke jalan yang benar."
Ayah Nabi Ibrahim tetap menolak ajakan anakandanya. Dia cukup marah dengan Nabi Ibrahim dan menghalaunya. Ini dinyatakan dalam firman Allah dalam surah Maryam ayat 46 yang bermaksud, "(Bapanya) menjawab: Patutkah engkau bencikan tuhan-tuhanku wahai Ibrahim? Demi sesungguhnya, Jika engkau tidak berhenti daripada menyeru dan menasihati daku, sudah tentu aku akan melontarmu dengan batu, dan (ingatlah), lebih baik engkau tinggalkan aku sepanjang masa."
Nabi Ibrahim terpaksa pergi dengan hati yang berat. Namun baginda tetap berdoa agar ayahnya sentiasa selamat dan akan terbuka hatinya.
.............................................................................................................
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul dan janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui....." (surah Al-Anfal : 27)
BLOG OWNER
Showing posts with label Kisah - kisah Nabi. Show all posts

Wednesday, May 4, 2011
Saturday, April 2, 2011
Semut dan Nabi Sulaiman
Pada suatu ketika, seekor semut mendengar khabar yang tidak menyenangkan. Kalau terus membisu, pasti ramai kawan-kawan yang menjadi mangsa. Sebelum terlambat, perlulah membuat sesuatu.
Tanpa berlengah lagi, semut mencari ketuanya. Baginya, menyampaikan berita terus kepada ketua adalah lebih mudah. Biarlah ketua membuat keputusan dan yang lain-lain akan terima arahan dengan patuh dan tanpa banyak soal.
"Aku dengar Nabi Sulaiman bersama tenteranya akan melewati kawasan tempat kita tinggal. Mana kita nak lari? Pasti ada nyawa terancam dan mungkin akan mati dipijak-pijak oleh tentera Nabi Sulaiman," kata Sang Semut.
"Benarkah kata-katamu itu? Aku risau juga, meskipun kita boleh selamatkan diri dengan masuk ke dalam sarang, tapi belum terjamin kita selamat," ujar Tuk Ketua Semut.
"Hah! Kau dengar...ada gerombolan kuda sedang memecut ke arah tempat kita!"
" Elok kita bersembunyi selamatkan diri. Ayuh kawan-kawan...masuk ke dalam sarang!" seru Tuk Ketua Semut.
Rupanya apa yang diucapkan oleh Tuk Ketua Semut sampai ke telinga Nabi Sulaiman. Mukjizat yang Allah S.W.T berikan padanya ialah baginda boleh memahami percakapan haiwan.
Dalam surah al-Naml ayat 18, Allah berfirman dengan maksud, "(Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke 'wadi al-naml' berkata seekor semut, "Wahai sekalian semut, masuklah ke dalam sarang masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedangkan mereka tidak menyedari."
Seterusnya dalam ayat 19, firman Allah bermaksud, "Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu dan berdoa dengan berkata,"Wahai Tuhanku! Ilhamkan daku supaya aku bersyukur akan nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai, dan masukkanlah daku dengan limpah rahmat-Mu dalam kumpulan hamba-hambaMu yang Soleh."
Nabi Sulaiman memerintah bala tenteranya melencong ke arah jalan lain. Dengan demikian terselamatlah semut-semut tersebut.
Tuesday, February 15, 2011
Kisah Ashaabul Kahfi
Menurut ahli sejarah, kisah ini berlaku pada zaman sebelum kedatangan Islam, di satu negeri bernama Afsus yang terletak di Turki (ada pendapat mengatakan di Jordan, dan ada pula yang mengatakan di Syria). Asalnya penduduk negeri itu beriman kepada Allah. Namun keadaan berubah selepas kedatangan seorang raja bernama Diqyanus. Raja ini menyembah berhala dan ia memaksa rakyat di bawah pemerintahannya supaya murtad daripada agama Allah yang menjadi anutan mereka. Rakyat yang takut dengan ancaman dan siksaan raja yang zalim itu ramai yang telah menjadi murtad.
Namun, ada tujuh pemuda beriman yang tidak mahu tunduk dengan ancaman raja yang zalim itu. Mereka tetap teguh mempertahankan aqidah mereka walaupun menyedari bahawa nyawa dan diri mereka akan terancam. Akhirnya mereka dipanggil mengadap raja yang zalim itu. Di hadapan raja yang zalim itu, mereka dengan penuh berani dan bersemangat berhujjah mempertahankan iman dan prinsip aqidah ilahi yang mereka yakini. Allah telah berfirman di dalam surah al-Kahfi ayat 14 yang menceritakan sebahagian tentang peristiwa mereka berhujjah :
Yang maksudnya : “Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata : “Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain daripadanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran”.
Lihatlah kawan-kawan! Walaupun masih muda, mereka mempunyai keberanian yang sangat tinggi untuk mempertahankan hak dan prinsip yang mereka anuti. Sesungguhnya setiap orang mempunyai haknya yang tersendiri, yang tidak boleh diganggu-gugat oleh sesiapa pun, dan selagimana ianya tidak berlawanan dengan syariat. Justeru itu, setiap orang mestilah mempunyai jati diri dan pegangan agama yang kukuh demi memastikan hak dan prinsip yang mereka anuti akan sentiasa kekal terpelihara.
Namun apa yang berlaku pada pemuda-pemudi hari ini, mereka terlalu mudah untuk terpengaruh dengan budaya barat yang menyesatkan seperti black metal, skinhead dan sebagainya lagi yang boleh merosakkan aqidah. Dan ada kes menyebutkan, kerana cintakan pemuda berlainan agama, seorang anak gadis sanggup keluar daripada agama Islam yang dianuti serta sanggup untuk membuang keluarga yang mengasihinya selama ini. Na`udzu bilLahi min dzalik.
Baiklah kawan-kawan, nak tahu selanjutnya? Walaupun telah mendengar hujjah pemuda-pemuda beriman itu, namun, raja yang zalim itu tetap tidak mahu mengaku kalah, dan mengancam pemuda-pemuda beriman itu dengan hukuman bunuh ataupun dimurtadkan secara paksa. Kerana sayangkan aqidah dan agama mereka, pemuda-pemuda beriman itu telah membuat keputusan untuk melarikan diri dan bersembunyi di dalam sebuah gua di sebuah kawasan pergunungan bernama Nikhayus. Kebetulan semasa perjalanan mereka ke situ, mereka telah diekori oleh seekor anjing bernama Qitmir. Maka anjing itu pun turut bersama-sama dengan mereka berlindung dan menetap di gua itu. Sebagaimana firman Allah di dalam surah al-Kahfi ayat 16 :
“Dan oleh kerana kamu telah mengasingkan diri dari mereka dan dari apa yang mereka sembah selain Allah, maka pergilah kamu berlindung di gua itu, supaya Tuhan kamu melimpahkan dari rahmat-Nya kepada kamu dan menyediakan kemudahan-kemudahan untuk menjayakan urusan kamu dengan memberi bantuan yang berguna”.
Namun, kawan-kawan jangan menganggap mereka sebagai penakut kerana melarikan diri daripada raja yang zalim itu. Mereka melarikan diri ke gua itu, supaya mereka tetap boleh bebas menjalankan agama yang mereka anuti tanpa sebarang gangguan. Sesungguhnya, apabila kebatilan itu lebih jelas daripada kebenaran, maka hendaklah kita berusaha untuk menjauhi kebatilan itu, dan mempertahankan kebenaran selagi termampu. Itulah yang dilakukan oleh tujuh pemuda beriman itu.
Alhamdulillah, sesungguhnya kita wajib bersyukur, kerana sekarang kita tinggal di sebuah negara yang bebas mengamalkan agama masing-masing tanpa perlu mengganggu agama yang lain, dan bebas untuk mewujudkan masjid dan rumah ibadah masing-masing. Masyarakat hidup aman dan damai, muhibbah dan harmoni dengan agama anutan masing-masing. Namun perlu diingat, tidak ada paksaan untuk menganut agama Islam, tetapi bagi yang sudah menganut Islam, tidak sesekali ia boleh keluar daripada agama yang suci ini.
lk
Apa yang berlaku selanjutnya ya? Di dalam gua itu mereka diberi ketenangan dan ketenteraman oleh Allah. Ia telah menidurkan mereka dengan nyenyak di dalam gua tersebut. Allah ingin menzahirkan bukti-bukti kekuasaan-Nya kepada hamba-hamba-Nya melalui peristiwa ini. Maka Allah telah mentakdirkan pemuda-pemuda ini tidur dalam jangka masa yang amat lama iaitu selama 300 tahun (mengikut perkiraan tahun Masihi) atau 309 tahun (mengikut tahun Hijrah).
Walaupun mereka tidur amat lama dan tanpa makan dan minum, tetapi dengan kuasa Allah, badan dan jasad mereka tidak hancur dan musnah. Bahkan Allah menyatakan bahawa; jika kita lihat keadaan mereka di dalam gua itu nescaya kita tidak akan percaya bahawa mereka sedang tidur.
Setelah sampai tempoh yang ditetapkan oleh Allah (iaitu 300 tahun atau 309 tahun), mereka telah dibangunkan daripada tidur yang panjang itu. Ketika mereka bangun mereka sendiri tidak menyedari bahawa mereka telah tidur dalam jangka masa yang amat lama. Mereka menyangka mereka hanya tidur dalam masa sehari atau separuh hari sahaja.
Sebaik bangun daripada tidur, mereka terasa lapar. Maka sebahagian daripada mereka mencadangkan agar dihantar seorang wakil untuk ke bandar bagi mencari sesuatu untuk di makan. Akhirnya mereka memilih seorang pemuda yang bernama Tamlikha untuk ke kota Afsus. Kebetulan semasa mereka melarikan diri dulu mereka membawa bersama bekalan wang perak. Sebagaimana firman Allah di dalam surah al-Kahfi ayat 19 yang bermaksud :
“Dan demikianlah pula Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), supaya mereka bertanya-tanyaan sesama sendiri. Salah seorang di antaranya bertanya : “Berapa lama kamu tidur?” (sebahagian dari) mereka menjawab : “Kita telah tidur selama sehari atau sebahagian dari sehari”. (Sebahagian lagi dari) mereka berkata : “Tuhan kamu lebih mengetahui tentang lamanya kamu tidur; sekarang utuslah salah seorang dari kamu, membawa wang perak kamu ini ke bandar; kemudian biarlah dia mencari dan memilih mana-mana jenis makanan yang lebih baik lagi halal (yang dijual di situ); kemudian hendaklah ia membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya; dan hendaklah ia berlemah-lembut dengan bersunguh-sungguh (semasa di bandar); dan janganlah dia melakukan sesuatu yang menyebabkan sesiapapun menyedari akan hal kamu”.
Lihatlah betapa bersihnya hati dan akhlak mereka. Walaupun dalam keadaan yang gawat dan susah serta kelaparan, tetapi mereka masih berpesan kepada sahabat mereka yang ditugaskan ke kota mencari makanan itu supaya mencari dan memilih makanan yang bersih dan halal. Ini menandakan bahawa mereka adalah pemuda-pemuda yang bertakwa kepada Allah. Sesungguhnya makanan yang halal itu akan membawa keberkatan dan mempengaruhi kesihatan dan pertumbuhan diri dan jasmani serta membentuk rohani yang baik.
Kita di Malaysia, telah ada sebuah badan yang mengawal selia tentang pensijilan halal iaitu sebuah badan swasta; Halal Development Corporation (HDC) yang sebelum ini di bawah bidang kuasa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Justeru itu, kita tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan makanan yang halal lagi bersih. Namun, amat dikesali apabila ada pihak yang cuba menyalahgunakan logo halal yang diperoleh, sehingga menimbulkan syak di kalangan pengguna Islam terutamanya. Apabila timbul kekeliruan, wajiblah ia ditinggalkan kerana sesungguhnya mendapatkan yang halal itu adalah wajib.
Apa terjadi seterusnya ya? Kebetulan semasa pemuda-pemuda beriman itu, dibangkitkan Allah setelah tidur 300 tahun lamanya, suasana negeri itu telah banyak berubah. Raja dan pemerintah negeri merupakan orang yang beriman kepada Allah. Begitu juga dengan kebanyakan rakyatnya. Semasa Tamlikha sampai ke kota itu, ia merasa hairan melihat keadaan kota dan penduduknya berubah sama sekali. Penduduk kota pula merasa hairan melihat Tamlikha itu dan mereka berasa syak wasangka apabila mereka melihat wang perak yang dibawanya ialah wang zaman dahulu yang sudah tidak laku lagi. Ia dituduh menjumpai harta karun lalu dibawa mengadap raja yang beriman dan mengambil berat tentang hal-ehwal agama.
Setelah mendengar kisahnya, raja dan para pegawainya berangkat ke gua yang menjadi tempat persembunyian tujuh pemuda beriman itu, lalu berjumpa dengan pemuda-pemuda itu sekeliannya dan mendengar kisah mereka. Sejurus kemudian pemuda-pemuda itu pun dimatikan Allah sesudah memberi ucapan selamat tinggal kepada raja yang beriman itu serta para pegawainya.
Raja yang beriman itu telah mencadangkan supaya sebuah masjid didirikan di sisi gua itu. Sementara itu ada yang mencadangkan supaya mendirikan sebuah bangunan atau tugu sebagai kenangan buat pemuda-pemuda beriman yang digelar “Ashabul Kahfi” itu.

Subscribe to:
Posts (Atom)