
- Perkataan Ganti Nama ialah perkataan yang menggantikan perkataan NAMA.
- Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang
- Kata Ganti Diri Pertama
- 1. Kata ganti diri pertama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan diri orang yang bercakap.
- 2. Kata ganti diri pertama terbahagi dua, iaitu yang berbentuk tunggal dan yang berbentuk jamak.
-
Kata Ganti Diri Pertama Penggunaannya aku (tunggal)digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau dengan Tuhansaya (tunggal)digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru dikenal atau dalam suasana rasmihamba (tunggal)digunakan pada diri sendiri pada zaman dahulupatik (tunggal)digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultanbeta (tunggal)digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyatkami (jamak)digunakan kepada diri orang yang berkata serta temannya apabila bercakap dengan orang keduakita (jamak)digunakan kepada diri sendiri dan menyertakan diri orang kedua - Gantinama Diri Bilangan Tunggal dan Bilangan Banyak
-
Bentuk contoh kata nama diri pertama tunggalbeta, patik, aku, sayajamakkita, kami, kita orang - Kata ganti nama Diri Kedua
- Kata ganti diri kedua digunakan ketika kita berbual dengan seseorang.
- Kata ganti ini boleh dipecahkan kepada dua bentuk, iaitu bentuk tunggal dan bentuk jamak seperti berikut :
-
Bentukcontoh kata Ganti Diri keduaTunggaltuanku, wak, kamu, anda, engkauJamakkalianKata Ganti Diri Kedua Penggunaannya anda (tunggal)digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kitaawak (tunggal)digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kitaengkau (tunggal)digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita dan dengan Tuhan jugatuanku (tunggal)digunakan apabila bercakap dengan sultan dan rajakalian (jamak)digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakapkamu (tunggal dan jamak)digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita - Contoh ayat yang menggunakan kata ganti diri kedua
- 1. Awak pekerja yang patuh
- 2. Kamu semua adalah murid yang baik
- 3. Guru mencari engkau.
- 4. Anda semua dinasihati membaca soalan dengan teliti.
- 5. Tunku akan bersiram sekejab lagi.
- Kata Ganti diri ketiga
- kata ganti diri ketiga ialah bagi merujuk kepada orang ketiga,kata-kata seperti
- mereka, beliau, baginda hendaklah digunakan.
- Kata ganti diri ketiga boleh dipecahkan kepada dua bentuk.
-
Bentuk Contoh kata ganti diri ketiga tunggalia, dia, beliau, bagindajamakmerekaKata Ganti Diri Ketiga Penggunaannya baginda (tunggal)digunakan untuk raja dan sultanbeliau (tunggaldigunakan untuk orang yang kita hormati, misalnya ibu bapa, guru, dan pemimpindia dan ia (tunggal)digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakanmereka (jamak)digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang - Contoh ayat yang menggunakan kata ganti diri ketiga.
- 1. Dia pegawai pendiaikan
- 2. Mereka itu orang India.
- 3. Beliau banyak membantu penduduk di situ.
- 4. Ia diburu oleh pihak polis.
- 5. Baginda sedang bertitah di atas singgahsana.
- 6. Dia menolong bapanya.
- 7 "Sekiranya dada halangan, ……. akan berangkat esok pagi ,” kepada bendahara.
- 8 "Sertailah peraduan ini. berpeluang memenangi pelbagai hadiah yang lumayan," kata pengacara itu.
- 9 Wakil rakyat akan merasmikan mesyuarat itu 2 jam lagi.
- 10 " tunggu di sini. Biar kusiasat perkara itu dahulu," kata Bagok kepada pengikut-pengikutnya.
- Ringkasan
-
Kata Ganti Nama DiriTunggalBilangan Banyak / JamakDiri Pertama ( Orang yang bercakap )aku saya patik hambakami kitaDiri Kedua ( Orang yang dilawan bercakap )awak kamu engkau encik cik saudara saudari tuan puan anda tuankuawak semua kamu semua saudara sekalian saudari sekalian encik-encik cik-cik tuan-tuan puan-puan anda semua kalianDiri Ketiga ( Orang yang diceritakan halnya)dia ia nya beliau bagindamereka

No comments:
Post a Comment