"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul dan janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui....." (surah Al-Anfal : 27)

BLOG OWNER

My photo
Dulu di CONVENT...sekarang di JEPS...

Pages

Wednesday, May 4, 2011

Nabi Ibrahim Enggan Menjual Patung

Kelahiran Nabi Ibrahim disambut dengan penuh gembira oleh kedua ibu bapanya. Baginda diberi kasih sayang yang sepenuhnya bagai menatang minyak yang penuh.


Ayah Nabi Ibrahim  bekerja sebagai pengukir patung-patung berhala. Patung-patung ini akan dijual di pasar-pasar besar.


Nabi Ibrahim sering melihat ayahnya mengukir. Namun, baginda sangat bencikan patung-patung yang diukir oleh ayahnya. Baginda menolak untuk menyembah berhala seperti yang dilakukan oleh masyarakat ketika itu. Tidak pernah sekali pun baginda memperakui bahawa berhala mempunyai kuasa ke atas makhluk.


Mengejek Berhala
Nabi Ibrahim mengejek berhala sambil berkata, "Aku sungguh tak faham, kenapa ada yang sanggup membeli patung-patung yang tidak berguna ini?". Begitu sekali gambaran kebencian Nabi Ibrahim terhadap berhala.


Selain dari kaumnya, Nabi Ibrahim juga memujuk ayahnya agar tidak lagi menyembah berhala. Apa lagi mencari rezeki yang dengan mengukir patung-patung untuk disembah. Baginda mengajak ayahnya agar menyembah Allah.


"Ayahandaku, hentikanlah kerja sia-siamu. Patung-patung yang kau ukir itu sedikit pun tidak membantumu. Ia tidak lebih dari batu-batu bisu dan tidak berguna. Hanya Allah tempat kita mengadu dan layak disembah," ujar Nabi Ibrahim.


Dalam srah Maryam ayat 42, Allah berfirman dengan maksud, "Tatkala ia berkata pada bapanya : Wahai ayahku, mengapa ayah  menyembah benda yang tidak mendengar dan tidak melihat serta tidak menolongmu."


Memujuk Ayah
Nabi Ibrahim memujuk ayahnya beriman kepada Allah. Ini digambarkan dalam Firman Allah surah Maryam ayat 43 yang bermaksud, "Wahai ayahku, sesungguhnya telah datang kepadaku dari ilmu pengetahuan yang tidak pernah datang kepadamu, oleh itu ikutlah daku, aku akan memimpinmu ke jalan yang benar."


Ayah Nabi Ibrahim tetap menolak ajakan anakandanya. Dia cukup marah dengan Nabi Ibrahim dan menghalaunya. Ini dinyatakan dalam firman Allah dalam surah Maryam ayat 46 yang bermaksud, "(Bapanya) menjawab: Patutkah engkau bencikan tuhan-tuhanku wahai Ibrahim? Demi sesungguhnya, Jika engkau tidak berhenti daripada menyeru dan menasihati daku, sudah tentu aku akan melontarmu dengan batu, dan (ingatlah), lebih baik engkau tinggalkan aku sepanjang masa."


Nabi Ibrahim terpaksa pergi dengan hati yang berat. Namun baginda tetap berdoa agar ayahnya sentiasa selamat dan akan terbuka hatinya.


.............................................................................................................

No comments:

Post a Comment