"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul dan janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui....." (surah Al-Anfal : 27)

BLOG OWNER

My Photo
Dulu di CONVENT...sekarang di JEPS...

Wednesday, April 30, 2014

Ciri-ciri khas Haiwan

Untuk mengenal satu haiwan, kita perlu mengetahui ciri-ciri khas yang ada pada haiwan tersebut. Sebelum membuat pencirian khas haiwan, mari kita kenalpasti ciri-ciri khas yang terdapat pada satu-satu haiwan,

1. Litupan badan (body covered)


     a) Berbulu  -  cth : kucing, harimau, gajah, zirafah, beruang
     b) Berbulu pelepah - cth : burung, ayam, angsa, itik
     c) Bersisik  - cth : ular, ikan, katak, buaya, tenggiling
     d) Bercangkerang  -  cth : siput, kerang, belangkas, kura-kura

2.  Anggota badan (external featured)
     a) Bertanduk  - cth : kerbau
     b) Bersayap  - cth : burung helang, ayam, itik, angsa
     c) Berkuku tajam  - cth: harimau, singa, kucing
     d) Berekor - cth : kuda, kucing, burung kakaktua
     e) Berkaki - cth: badak air, monyet
     f) Berparuh - cth : ayam, burung belatuk
     g) Bersirip - cth: ikan emas, ikan lumba-lumba

3.  Cara membiak
      a) Melahirkan anak - cth: ikan paus, anjing, kucing, singa laut, arnab
      b) Bertelur - cth: burung, ayam, ular, belangkas, ikan emas, platipus

4.  Habitat
      a) Di darat - cth : tupai, monyet, angsa, itik, ayam, kucing
      b) Di air - cth : ikan koi, ikan jerung, obor-obor
      c) Di darat dan air - cth: katak, penyu, buaya, memerang, kura-kura